Tuah Miliki Setem Tanpa Harga, Kini Dijual Pada Harga RM5 Juta - Info Viral

Terkini

Tuah Miliki Setem Tanpa Harga, Kini Dijual Pada Harga RM5 Juta

Tuah Miliki Setem Tanpa Harga, Kini Dijual Pada Harga RM5 Juta

Siapa sangka dengan miliki hobi mengumpul setem, seorang lelaki bakal bergelar jutawan dengan hanya sekeping setem yang mampu mencecah dengan harga RM5 juta,

Menurut Syahril A Kadir di laman Facebooknya, pada 3 Jun 1967, pemilik setem berkenaan, Mubarak Ali Rajak yang ketika itu baru berusia 15 tahun sedang melihat surat-surat yang diterima bapanya di kedai mereka di Kuantan, Pahang.

Kerana hobinya gemar mengumpul setem, Mubarak leka membelek setiap kepingan itu, akan tetapi dia terlihat sekeping surat daripada Bank Standard Chartered yang dikirim kepada bapanya.

stem 5 juta, setem mahal, setem 5 juta, colectors item,

Bila ditenung dan diperhatikan dengan teliti, Mubarak terkejut kerana setem di surat tersebut tidak tertera harga seperti mana setem yang lain.

Walaupun masih muda remaja ketika itu, Mubarak dapat merasakan setem berkenaan pasti akan menjadi satu 'collector' yang berharga suatu hari nanti.

Sangkaannya tidak meleset dan kini setelah 50 tahun berlalu, apa yang dirasakannya itu ternyata tepat!


Menurut Mubarak, keaslian dan keunikan setem ini telah diakui oleh Pos Malaysia sendiri dan juga telah disahkan tulin oleh The Royal Philatelic Society Of London, malah ia juga mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Book Of Record.

Mubarak juga bersedia 'melepaskan' setem kesayangannya itu jika ada pihak yang sanggup membelinya dengan harga RM5juta!

Jelas Mubarak, sebenarnya berlaku kesilapan dalam mencetak setem-setem berkenaan.

setem lama 1967, oldest stamp malaysia,

Tuah Miliki Setem Tanpa Harga, Kini Dijual Pada Harga RM5 Juta

Saya difahamkan syarikat yang mencetak setem tersebut iaitu Harrison And Son Limited di London, telah melakukan kesilapan hingga 100 keping setem yang sama dihasilkan mereka tidak mempunyai tanda harga. Apabila saya ke pejabat pos untuk membeli beberapa keping lagi setem yang sama, kerani itu memberitahu kesemua setem tersebut telah dibatalkan/dimusnahkan.
"Hanya sekeping setem yang 'terlepas' iaitu yang ada pada simpanan saya sekarang, sekali gus mencatat rekod satu-satunya setem di dunia yang tidak mempunyai tanda harga," katanya.


Jelasnya, dia bukan sengaja mahu meletakkan harga yang tinggi itu, tetapi ia dibuat setelah penyelidikan dan mengkaji harga pasaran setem-setem yang unik seperti ini.

"Pergilah cari kat mana-mana tempat di dunia ini yang ada setem sebegini, tak ada. Hanya di Malaysia," tambahnya.


Sumber : SK via Syahril A. Kadir


loading...

No comments