Kemeja Dipakai George Berharga £31.58 - Info Viral

Terkini

Kemeja Dipakai George Berharga £31.58

Kemeja Dipakai George Berharga £31.58

PUTERA George hanya memakai kemeja ini sekali sahaja, iaitu ketika dia bersama bapanya, Putera William, ibu, Kate dan adiknya, Charlotte melawat Jerman baru-baru ini, namun kesannya amat besar.

Kemeja berkenaan telah habis dijual dalam masa 24 jam, selepas gambar George memakainya disiarkan media.

Baju berkenaan yang diperbuat 100 peratus daripada kain kapas, dijual pada harga £31.58 (RM175.90).

Sebelum ini sudah tersebar spekulasi mengenai baju yang dipakai oleh George adalah dari jenama Barbour.

Namun selepas media melaporkan ia adalah jenama Tizza, iaitu jenama dari Sepanyol, maka tempahan baju kemeja itu meningkat.

Keadaan itu dipanggil sebagai `kesan Putera George’ di mana ibu bapa terdesak untuk memakaikan anak mereka seperti pakaian diraja.

Sebelum ini, kemeja-t yang dipakai oleh George yang berharga RM50 untuk sesi penggambaran, juga laku bak goreng pisang. – MYNEWSHUB.CC


loading...

No comments