[Video] Remaja 16 Tahun Kahwini Warga Emas 71 Tahun Selepas Ugut Keluarga Untuk Bunuh Diri - Info Viral

Terkini

[Video] Remaja 16 Tahun Kahwini Warga Emas 71 Tahun Selepas Ugut Keluarga Untuk Bunuh Diri

16 tahun kahwin 71 tahun indonesia, remaja kahwin warga emas,

Indonesia - Kisah cinta seorang lelaki dan wanita berusia 71 tahun heboh diceritakan di Indonesia apabila beberapa portal melaporkan hubungan yang pada mulanya terhalang itu akhirnya diteruskan juga apabila kedua-dua mempelai mengugut mahu mengambil nyawa sendiri jika tidak direstui.

Selamat Riyadi, 16, menikahi nenek Rohaya binti Kiagus Muhammad Jakfar yang sudah berusia 71 tahun.

Pernikahan itu berlangsung di Dusun 1 Desa Karangendah, Kecamatan Lengkiti, Kabupaten OKU.

Keluarga pengantin perempuan, Rohaya yang telah berkahwin dua kali sebelum ini dikatakan menentang perkahwinan itu kerana jurang usia 55 tahun di antara mereka berdua. Jauh tu beza!

Semestinya keluarga pengantin lelaki, Selamet Riyadi juga turut tidak bersetuju kerana alasan yang sama.

Namun mereka berdua mengugut untuk membunuh diri jika tidak mendapat restu keluarga kedua-dua belah pihak!

Disebabkan itulah keluarga pasangan berkenaan terpaksa merestui dan membenarkan perkahwinan itu dilangsungkan.

16 tahun kahwin 71 tahun indonesia, remaja kahwin warga emas,

Perkahwinan itu akhirnya berlangsung di rumah Kuswoyo, ketua kejiranan tempat mereka tinggal pada 2 Julai lalu. Menurutnya, perkahwinan itu benar-benar terjadi disebabkan ugutan dari pasangan tersebut.
“Kalau tidak dinikahkan, kedua-duanya mengugut akan bunuh diri dengan meminum racun rumput kerana mereka sangat mencintai antara satu sama lain. Jika seorang mati, kedua-dua harus mati.”
Lebih membuatkan orang ramai berkata-kata kerana ternyata perkahwinan itu dibiayai oleh orang lain. Rohaya datang dari keluarga yang susah dan Selamet pula dijaga ibu bapa angkat. Selamet hanya mampu memberikan mas kahwin kepada wanita pujaan hatinya itu sebanyak 200,000 Rupiah (RM64.34).

Video majlis pernikahan mereka :


loading...

No comments