(Video) Jerung Paling Sukar Ditemui Berjaya Dirakam Oleh Penyelam - Info Viral

Terkini

(Video) Jerung Paling Sukar Ditemui Berjaya Dirakam Oleh Penyelam

jaws megamouth, jerung megamouth,

Indonesia - Selasa lalu, seorang penyelam dari Britain berjaya merakam jenis jerung megamouth, spesis jerung yan gpaling sukar ditemui.

Penyelam terbabit, Penny Bielich berjaya merakam jerung itu ketika meneroka kawasan selam Gii Lawa di Pulau Komodo, lapor Fox News.

Video jerung itu kemudiannya dimuat naik di laman Instagram.

"Jerung megamouth! Rasa sangat beruntung dapat menyaksikan bersama (rakan) Heikki Innanen. Hanya 63 pertemuan direkodkan sebelum ini. Sekarang 64!" tulis Penny.

Kali pertama spesis jerung itu berjaya dirakam adalah pada tahun 1976 dan setakat ini, hanya 60 penampakan yang disahkan berjaya direkod.

Bagaimanapun, haiwan itu bukanlah satu ancaman buat manusia kerana ia hanya memakan haiwan kecil, lapor National Geographic.

Ia dikategorikan sebagai haiwan 'rare' kerana data mengenainya terlalu sedikit.



Sumber : SK

loading...

No comments