Tercekik Tulang Ikan Ketika Makan? Ini 6 Makanan Yang Boleh Tanggalkan Tulang Melekat Di Kerongkong - Info Viral

Terkini

Tercekik Tulang Ikan Ketika Makan? Ini 6 Makanan Yang Boleh Tanggalkan Tulang Melekat Di Kerongkong

Tulang Melekat Di Kerongkong, tercekik tulang ikan, tercekik tulang, petua tercekik tulang,

Kelazatan dan keenakan rasa ikan yang dimasak dengan pelbagai menu, tentunya menjadi juadah pilihan ramai antara kita. Tidak dinafikan, ikan yang hanya sekadar digoreng sekali pun, sudah boleh membuka selera sesetengah antara kita.

Namun sering juga terjadi, sedang kita asyik menikmati lazatnya rasa ikan tersebut, entah bagaimana boleh tercekik tulang. Pasti bila ini terjadi, hasrat untuk terus menikmati juadah terhenti memandangkan kita akan berasa tidak selesa pada bahagian kerongkong. Hal yang demikian, berkali-kali kita akan cuba berdeham atau menelan air liur dengan harapan agar masalah tersebut boleh di atasi.

Jika tulang masih terlekat juga, jangan panik. Lakukan segera 6 langkah ini.

1.    Nasi
Kepalkan nasi menjadi sebesar bola ping pong  dan terus telan dengan diiringi bacaan bismillah dan selawat.

2.     Madu
Celupkan jari ke dalam madu, selawat 3 kali dan hisap jari tersebut.

3.    Air basuhan tangan kita
Caranya cuci tangan bersih dan ambil air masak dan basuh tangan anda menggunakan air tersebut dan minum semula air yang basuh tangan tersebut.

4.     Pisang
Ambil sepotong pisang yang telah masak, kemudian telan. Lakukan beberapa kali.

5.    Garam
Masukkan sedikit garam ke dalam secawan air suam dan minum air tersebut. Ketika minum, berikan tekanan semasa menelan air agar tulang tidak lagi melekat pada tekak.

6.     Roti
Gumpalkan roti membulat dan telan roti tersebut agar tulang dapat ditanggalkan.


Namun jika masalah tidak dapat juga di atasi, segeralah berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

 

loading...

No comments