Ratu Elizabeth II cari pembantu istana, gaji RM92,000 setahun - Info Viral

Terkini

Ratu Elizabeth II cari pembantu istana, gaji RM92,000 setahun

Ratu Elizabeth II cari pembantu istana, gaji RM92,000 setahun

Ratu Elizabeth II sedang mencari pembantu istana yang akan bekerja dan tinggal di Istana Buckingham.

Jawatan ini disenaraikan di laman web The Royal Household milik keluarga diraja itu.

Antara maklumat yang dikongsi adalah ia merupkan jawatan tetap dan pekerja itu akan menerima gaji sebanyak £16,755 (RM91,082.21) setahun.

Pihak istana juga akan memberi 33 hari bercuti dan 15 peratus dalam simpanan pencen dari pihak majikan.

Ratu Elizabeth II cari pembantu istana, gaji RM92,000 setahun

"Ini bukan tugasan biasa. Selain membersih dan menjaga dalaman istana, anda juga bertanggungjawab untuk menjaga tetamu dan memberi pertolongan untuk acara khas,” tulis laman web itu.

Selain itu, para calon juga diminta mempunyai pengurusan masa yang bagus agar boleh menyiapkan tugasan yang diberi pada masa yang ditetapkan.

“Ia merupakan satu pekerjaan yang mencabar,” kata laman web itu.


Sumber : Awani

loading...

No comments