Fidget Spinner Paling Mahal di Dunia Akan Dijual Dengan Harga RM72,000 - Info Viral

Terkini

Fidget Spinner Paling Mahal di Dunia Akan Dijual Dengan Harga RM72,000

Fidget Spinner Paling Mahal di Dunia, fidget spinner gold,

Selepas selama berbulan-bulan menjadi trend di negara ini, Fidget Spinner masih boleh dilihat dipusing-pusing oleh kanak-kanak mahupun orang dewasa di sini.

Mungkin benar permainan pusing-pusing itu betul-betul boleh menenangkan seperti yang dikatakan oleh orang ramai, tapi berita ini akan membuat kepala anda pula berpusing.

Fidget Spinner paling mahal di dunia akan mula dijual pada harga £13,000 (RM72,000). Ya, lagi mahal dari sebuah kereta.

Mainan itu dicipta oleh syarikat pembuat barang perhiasan mewah, Caviar.

Fidget Spinner bersadur emas edisi terhad itu dijangka akan mula dijual di pasaraya-pasaraya.

Selain Fidget Spinner tersebut, syarikat Caviar turut terkenal kerana pernah menjual iPhone bertemakan Vladimir Putin dan bekas iPhone 7 edisi Donald Trump.

Bagi yang tidak mahu menghabiskan duit yang banyak untuk permainan tersebut tapi tetap mahukan Fidget Spinner yang mewah, anda boleh dapatkan Fidget Spinner versi permata yang dijual pada harga £1,290 (RM7,000)

Fidget Spinner Paling Mahal di Dunia, fidget spinner caviar diamond,

Tapi kalau bajet masih tidak mencukupi, Caviar turut menawarkan Fidget Spinner dengan tema bendera Rusia yang dijual pada £195 (RM1,000).

Fidget Spinner Paling Mahal di Dunia, fidget spinner carbon fiber gold diamond, most expensive fidget spinner from caviar,

Fidget Spinner Paling Mahal di Dunia, fidget spinner carbon fiber,
Versi carbon, tapi harga tidak dinyatakan.


sumber

loading...

No comments