Lelaki Ini Kongsi Makna 'Shuben' Yang Sering Dipanggil Isteri Pada Suami Buat Ramai Kaum Wanita Terkejut - Info Viral

Terkini

Lelaki Ini Kongsi Makna 'Shuben' Yang Sering Dipanggil Isteri Pada Suami Buat Ramai Kaum Wanita Terkejut

maksud shuben, husband kepada shuben,

Zaman sekarang ramai yang mudah terpengaruh dengan bermacam benda di sekeliling kita terutamanya remaja serta orang dewasa. Ayat-ayat tertentu dan slang percakapan juga dikatakan masih lagi jadi ikutan sehingga kini.

Slang juga dikatakan turut menarik perhatian kanak-kanak yang dipercayai menjadi ikutan mereka, malah kaum wanita juga dikatakan telah terjebak serta menjadi ikutan mereka apabila si isteri memanggil suaminya dengan perkataan 'shuben'.

SHUBEN, tidak dapat dipastikan dari manakah perkataan ini berasal dan siapakah yang bertanggungjawab memulakan perkataan ini sehinggakan menjadi ikutan orang ramai yang seolah selesa dengannya, namun ada yang mengatakan perkataan itu digunakan pertama kalinya menerusi satu lama forum tempatan tetapi tiada kesahihan.

Walau bagaimanapun, satu perkongsian yang dikongsikan di laman sosial telah mengejutkan ramai isteri apabila lelaki ini telah mendedahkan apakah maksud yang sebenar di sebalik perkataan yang dikatakan manja apabila disebut oleh si isteri.

Oleh: Dzul Affandi Roslan

Maksud Sebenar Perkataan SHUBEN

Saya perasan orang perempuan sealunya taip perkataan "shuben" yang ditujukan kepada suami mereka.

Mulanya tak faham apa benda shuben tu. Rupa-rupanya ia merujuk kepada perkataan HUSBAND. Cuma mungkin shuben ni nampak manja sikit bunyinya ala-ala budak kecik baru pandai cakap tapi pelat.

Saya pulak suka Google perkataan-perkataan pelik ini. Manalah tahu kalau ada makna yang lain.

Rupa-rupanya makna shuben tu JERK! Maksud jerk dengan kata lain maksud dia selfish & bastard.

Jadi sesiapa yang selalu gelarkan suaminya shuben tu. Sila pergi minta maaf cepat. Nanti derhaka dalam diam pulak. Ada ke patut panggil suami shuben.

Suami-suami tag isteri korang ya. Semoga tak tidur luar.

Lelaki Ini Kongsi Makna 'Shuben' Yang Sering Dipanggil Isteri Pada Suami Buat Ramai Kaum Wanita Terkejut

P/s: aku meragui urbandictionary punya site tu, sebab siapa-2 boleh jadi author. tiada kesahihan yang boleh dibuktikan. jadi aku share saje.dan jangan ambik serius dan anggap benda ni edukational purpose okay.

loading...

No comments