Gunakan Uncang Teh Atau Daun Mint Untuk Menghalau Tikus Dari Kediaman Anda Dengan Mudah Dan Selamat - Info Viral

Terkini

Gunakan Uncang Teh Atau Daun Mint Untuk Menghalau Tikus Dari Kediaman Anda Dengan Mudah Dan Selamat

petua halau tikus

Tikus adalah makhluk perosak yang amat digeruni oleh manusia dan jika adanya tikus di dalam rumah akan menyebabkan penghuninya tidak selesa kerana tikus biasanya akan menganggu serta merosakkan barangan di dalam rumah.

Tikus dipercayai amat memberhaya kepada manusia dan bakteria yang ditinggalkan oleh makhluk perosak ini akan menyebabkan penyakit dan kematian.

Bermacam cara untuk mengusir tikus dari terus bermaharajalela di kediaman kita. Namun, tidak semua cara dan petua menjadi dan masalah ini akan berterusan sekiranya tiada tindakan dilakukan. Tahukah anda dengan hanya menggunakan uncang teh yang telah digunakan, anda boleh menghalau tikus dari terus berada di rumah anda?

Sekiranya anda sering minum minuman teh yang beruncang, jangan terus dibuang selepas digunakan kerana uncang berkenaan amat berguna untuk mengatasi masalah menghalau tikus.

Sebelum anda menggunakan uncang tersebut untuk mengusir tikus, anda harus memastikan dan mengenal pasti di manakah tempat persembunyian tikus itu. Seterusnya meletakkan beberapa uncang teh berkenaan di setiap tempat tikus itu bersembunyi.

Apakah fungsi uncang teh ini untuk mengusir tikus?
Sebenarnya peppermint yang terkandung di dalam uncang teh itu boleh menyebabkan iritasi atau pun menyebabkan kegatalan di hidung tikus setelah menghidu, ini membuatkan deria bau tikus tidak selesa serta terganggu. Akibat ketidakselesaan inilah tikus berkenaan akan segera meninggalkan tempat di mana ia bersembunyi di kediaman anda.
P/s: selain itu, anda juga boleh gunakan daun peppermint yang sebenar dan letak di setiap penjuru laluan tikus yang anda kenalpasti

loading...

No comments