Elak Pembaziran, Dubai Perkenalkan UAE Food Bank Sempena Bulan Ramadan - Info Viral

Terkini

Elak Pembaziran, Dubai Perkenalkan UAE Food Bank Sempena Bulan Ramadan

Elak Pembaziran, Dubai Perkenalkan UAE Food Bank Sempena Bulan Ramadan

Setiap kali tiba bulan Ramadan, isu pembaziran makanan pasti akan menjadi perbualan hangat di kebanyakan negara Arab.

Walaupun sebelum ini pelbagai langkah diambil dalam usaha menangani masalah tersebut, namun masih tidak membuahkan hasil.

Bagaimana pun, pada tahun ini, penduduk Dubai boleh mengelakkan melakukan pembaziran dengan mendermakan makanan mereka kepada insan yang memerlukan menerusi satu program khas yang diusahakan pihak majlis perbandaran.

Memetik laporan Gulf News, program yang dikenali sebagai UAE Food Bank itu melibatkan penempatan kira-kira 80 buah peti sejuk kebanyakan masjid di Dubai.

Usaha tersebut dimulakan sejak Sabtu lalu dengan ditaja oleh banyak syarikat besar selain dibantu oleh sukarelawan yang dilatih.

Selain membantu golongan kurang bernasib baik, usaha itu juga bertujuan mengelakkan pembaziran di bulan Ramadan.

Orang ramai yang memerlukan makanan hanya perlu pergi ke masjid berhampuran dan mengambil makanan yang didermakan di dalam peti sejuk tersebut.

Mengikut perancangan seterusnya, Majlis Perbandaran Dubai berhasrat menempatkan peti sejuk di taman awam bagi meluaskan usaha murni tersebut. 

Buat kali pertama, peti sejuk Ramadan itu akan dibenarkan menyimpan makanan yang dimasak di rumah tetapi syarat kesihatan yang ketat dikenakan bagi memastikan makanan tersebut selamat dimakan.- sumber

loading...

No comments