Bayi Melecur Teruk Ditangan, Kalung Gelang Tangan Dipakainya Termasuk Dalam Lubang Soket Elektrik Ketika Merangkak - Info Viral

Terkini

Bayi Melecur Teruk Ditangan, Kalung Gelang Tangan Dipakainya Termasuk Dalam Lubang Soket Elektrik Ketika Merangkak

Bayi Melecur Teruk Ditangan, Kalung Gelang Tangan Dipakainya Termasuk Dalam Lubang Soket Elektrik Ketika Merangkak

Sejak beberapa hari lalu menjadi tular di laman sosial beberapa keping gambar yang dimuatnaik oleh pengguna Facebook bernama Kittisak Chimmanee, menunjukkan pergelangan seorang kanak-kanak telah mengalami kecederaan teruk akibat terkena renjatan elektrik.

Kejadian yang dilaporkan berlaku di Songkhla, Thailand itu dipercayai terjadi apabila loket gelang tangan kanak-kanak malang itu telah termasuk ke dalam lubang soket elektik.


Bayi itu dikatakan telah merangkak melalui 'extension' berkenaan iaitu kedudukan loket betul-betul lubang soket menyebabkan renjatan elektrik berlaku.

Memetik tulisan portal Amarin Baby & Kids, bayi berkenaan bagaimana agak bernasib baik kerana kejadian itu tidak meragut nyawanya walaupun luka terbakar yang dialaminya agak teruk.

Kes ini sebagai satu iktibar supaya ibu bapa lebih berhati-hati, jangan pakaikan gelang yang mempunyai kalung halus yang terlalu panjang bagi mengelakkan kejadian seperti ini terjadi.

Walaupun keadaan soket dilihat berbeza dan tahap keselamatan soket di Malaysia mungkin lebih selamat, tetapi beringatlah, mana tahu lama-lama pakai 'extension' yang kita guna itu rosak dan boleh mengundang kejadian tidak diingin ini terjadi.


sumber

loading...

No comments