Albert Einstein Mencari Dana Sehingga ke Singapura Untuk Menubuhkan Negara Israel Di Bumi Palestin - Info Viral

Terkini

Albert Einstein Mencari Dana Sehingga ke Singapura Untuk Menubuhkan Negara Israel Di Bumi Palestin

Albert Einstein Mencari Dana Sehingga ke Singapura Untuk Mengangkat Taraf Bangsanya

Albert Einstein Mencari Dana Sehingga ke Singapura Untuk Mengangkat Taraf Bangsanya Dengan Menubuhkan Negara Israel Di Bumi Palestin

Nama Albert Einstein tak usah diperkenalkan lagi. Beliau adalah saintis, pakar fizik dan matematik terkemuka yang mana telah bertanggungjawab mengemukakan teori relativiti. Albert Einstein seperti yang diketahui ramai berdarah Yahudi Jerman. Beliau berasal daripada keluarga kaya yang menitik beratkan ilmu pengetahuan.


Beliau mula berhijrah ke Amerika Syarikat pada 1933 apabila masyarakat Jerman mula berpegang kepada prinsip kebangsaan di bawah pengaruh Hitler. Mereka menyisih dan mendekriminasikan masyarakat minoriti Yahudi dan menolak hak kerakyatan mereka. Ketika itu, Einstein masih memegang jawatan profesor di Berlin Academy of Science. Einstein memperoleh kerakyatan Amerika Syarikat pada tahun 1940.

Apabila berhijrah ke Amerika Syarikat, beliau menyaksikan masyarakat Yahudi di sana hidup tanpa sebarang tekanan bahkan mendominasi ekonomi negara yang digelar Uncle Sam. Beliau berasa begitu selesa berada di Amerika Syarikat dan merasakan Amerika Syarikat memberi banyak peluang kepada masyarakat yahudi.

Einstein terlibat secara tidak langsung dalam Projek Manhattan dan beliau sendiri adalah individu yang mengusulkan pembinaan projek tersebut. Projek Manhattan adalah projek sulit kerajaan Amerika Syarikat semasa kemuncak Perang Dunia Kedua bagi mencipta bom berkuasa nuklear. Daripada projek inilah terhasil bom nuklear yang memusnahkan Hiroshima dan Nagasaki pada tahun 1945.

Einstein daripada sisi Zionist

Walaubagaimanapun, itu hanya memaparkan sebahagian kerjaya Einstein. Tahukah pembaca bahawa Albert Einstein adalah antara tokoh Yahudi Zionist yang aktif mencari dana di seluruh dunia untuk membina sebuah negara bangsa di Palestin.

Einstein menceburi pertubuhan Zionist pada tahun 1919. Matlamat Einstein menyertai pertubuhan ini adalah kerana ia selari dengan kehendaknya yang mahukan sebuah negara bagi bangsanya.

Albert Einstein Mencari Dana Sehingga ke Singapura
Einstein dan pemimpin Zionist semasa sidang kemuncak Zionist pada tahun 1921

Impian Einstein untuk menubuhkan sebuah negara Israel kekal di tempat teratas. Miskipun demikian, impian paling utama adalah untuk membina sebuah universiti di negara yang bakal didirikan itu. Matlamatnya adalah untuk menyaksikan bangsa Yahudi muncul sebagai bangsa paling dominan dalam bidang intelektual.

Einstein mencari dana ke Singapura

Kesanggupan beliau untuk ‘turun padang’ mencari dana sememangnya diketahui ramai. Menggunakan namanya yang terkenal ketika itu, beliau berlayar jauh ke Asia Tenggara di Singapura bagi menemui seorang pelabur Yahudi di sana.

Einstein dan isterinya Elsa menaiki sebuah kapal stim, Kitano Maru dan sampai di Singapura pada 2 November 1922. Ketika itu, Einstein menginjak umur 43 tahun. Kedatangan Einstein ke Singapura mendapat liputan meluas daripada akhbar. Antaranya adalah The Straits Times yang memaparkan tajuk ‘great scientist and his wife were welcomed by leading members of the local Jewish community.’

Albert Einstein Mencari Dana Sehingga ke Singapura Untuk Mengangkat Taraf Bangsanya Dengan Menubuhkan Negara Israel Di Bumi Palestin

Laporan akhbar berkenaan turut menyatakan Einstein dan isterinya, Elsa menemui hampir kesemua masyarakat Yahudi di Singapura di dalam kapal stim.

Einstein yang kurang mahir berbahasa Inggeris ketika itu menggunakan khidmat sahabatnya, Alfred Montor sebagai jurubahasa. Montor adalah peniaga batu permata dan mahir berbahasa Inggeris dan Jerman.

Berjumpa dengan pelabur kaya

Niat Einstein yang sebenar-benarnya di Singapura adalah untuk meraih dana daripada pelabur dan peniaga kaya berbangsa Yahudi miskipun ada dakwaan menyatakan beliau ke sana untuk menyebarkan teori relativiti dan fizik kuantum.

Einstein sedar bahawa kekurangan dana menyebabkan apa yang dicita-citakan olehnya untuk membina University of Hebrew di Palestin terbantut.

Einstein bernasib baik kerana berjumpa dengan Sir Manasseh Meyer, seorang peniaga kaya berbangsa Yahudi-Iraq. Ketika itu, Meyer sudah berumur 76 tahun. Einstein yang berseloroh menggambarkan Meyer seperti sahabat dan mentornya, Henri A. Lorentz yang juga seorang ahli fizik terkenal.

Manasseh Meyer adalah seorang yang cukup dermawan. Meyer sepertimana Einstein turut berminat membina pusat pendidikan di negara yang bakal dibina kelak, Israel. Meyer pernah terlibat dalam pemberian dana untuk membina Universiti Malaya di Singapura.

Pertemuan empat mata antara Einstein dan Meyer sempat dirakam oleh jurugambar ketika itu. Dianggarkan populasi masyarakat Yahudi di Singapura mencapai 623 orang dan Meyer adalah antara paling kaya ketika itu.

Meyer walaubagaimanapun dilaporkan memberi dana seminggu selepas kepulangan beliau daripada Jepun dengan jumlah melebihi $5000. Turut memberi sumbangan adalah masyarakat Yahudi lain yang jumlah terkumpul kesemuanya adalah melebihi $2000.

Jumlah tersebut adalah sangat besar ketika itu dan pada tahun 1925, University of Hebrew ditubuh. Pembinaan University of Hebrew memberi laluan yang luas kepada penubuhan negara Israel pada 1948 selepas Perjanjian Balfour.

loading...

No comments