8 Pemain Bolasepak yang Dirakam Menghisap Rokok - Info Viral

Terkini

8 Pemain Bolasepak yang Dirakam Menghisap Rokok


Dimitar Berbatov

8 Pemain Bolasepak yang Dirakam Menghisap Rokok

Penyerang antarabangsa Bulgaria dan kelab Fulham. Seorang yang tenang dan mempunyai pewatakan yang menarik namun rakaman beliau sedang menikmati kepulan asap rokok menimbulkan spekulasi bahawa Berbatov adalah perokok tegar. Namun, ia segara dinafikan oleh bekas penyerang Manchester United ini.


Diego Armando Maradona

8 Pemain Bolasepak yang Dirakam Menghisap Rokok

Bekas penyerang antarabangsa Argentina dan pemenang Piala Dunia 1986. Lagenda bolasepak ini dikhabarkan mula berjinak-jinak dengan rokok dan cerut apabila menamatkan karier bolasepaknya pada usia 30-an. Akibat tabiat merokok, Maradona mengalami pelbagai masalah komplikasi kesihatan.


Mesut Ozil

8 Pemain Bolasepak yang Dirakam Menghisap Rokok

Penyerang antarabangsa Jerman dan kelab Real Madrid. Tidak diketahui bahawa Ozil adalah perokok tegar atau tidak. Namun gambar yang dirakam jelas menunjukkan Ozil adalah seorang perokok. Ozil adalah salah seorang pemain bolasepak beragama Islam yang paling terkenal. Kehidupan peribadi beliau sering diselongkar berbanding seorang lagi rakannya di kelab Real Madrid, Sami Khedira. Mesut Ozil kini dikhabarkan hangat bercinta dengan seorang model dan ratu cantik yang berasal daripada Venezuela, Aida Yespica.


Ronaldo

8 Pemain Bolasepak yang Dirakam Menghisap Rokok

Bekas penyerang antarabangsa Brazil dan kelab Real Madrid. Penyerang terbanyak sepanjang zaman di Piala Dunia ini terkenal dengan tabiat yang buruk di luar padang. Beliau bukan sahaja merokok malah seorang kaki wanita serta peminum minuman alkohol yang tegar. Walaubagaimanapun, beliau dikatakan telah mulai mengurangkan tabiat buruknya kerana beberapa masalah kesihatan serta cita-citanya untuk menjadi ahli politik seperti lagenda bolasepak Brazil, Pele.


Slaven Bilic

8 Pemain Bolasepak yang Dirakam Menghisap Rokok

Bekas pemain antarabangsa Crotia dan pengurus pasukan antarabangsa Crotia. Karisma beliau sebagai pengurus sukar untuk dinafikan namun tabiat beliau yang merokok menjejaskan sedikit sebanyak imej dan karisma beliau.


Zinadine Zidane

8 Pemain Bolasepak yang Dirakam Menghisap Rokok

Bekas pemain tengah kreatif Perancis dan kelab Real Madrid. Mungkin ramai yang tidak mempercayai bahawa Zidane adalah seorang perokok. Manakan tidak, pada tahun 2002, Zidane telah membintangi sebuah iklan anti-rokok. Gambar yang dirakam diambil pada tahun 2006 semasa kejohanan Piala Dunia 2006.


Federico Macheda

8 Pemain Bolasepak yang Dirakam Menghisap Rokok

Penyerang muda yang berasal daripada Itali. Beliau dirakam menghisap rokok di beberapa tempat dan dikatakan seorang perokok yang tegar.


Fabian Barthez

8 Pemain Bolasepak yang Dirakam Menghisap Rokok

Bekas penjaga gawang Perancis dan pemenang Piala Dunia 1998. Barthez dikatakan seorang perokok yang tegar.

Beberapa nama besar lain turut dikhabarkan adalah perokok tegar seperti Johann Cruff(bekas penyerang antarabangsa Belanda era 70-an), Socrates(bekas kapten Brazil era 70-an), Gianluca Vialli(bekas pemain tengah Itali era 90-an) dan Osvaldo Ardilles(bekas pemain tengah Argetina era 60-an).

loading...

No comments