6 Barangan Dapur Yang Boleh Digunakan Untuk Cerahkan Semula Kuali Berkerak - Info Viral

Terkini

6 Barangan Dapur Yang Boleh Digunakan Untuk Cerahkan Semula Kuali Berkerak

bersihkan bontot kuali yang berkerak

Alat memasak yang selalu kita gunakan mesti telah digunakan berkali-kali, dan telah lama. Tetapi, ianya masih elok lagi untuk digunakan, walaupun mempunyai karat, serta kesan kerak yang melekat pada permukaan kuali dan periuk.

Bila dah macam ini, mestilah nak disental dengan kuat, lagi-lagi kalau dah terlalu lama, dan kerak tersebut mula menebal.

Kali ini, saya nak kongsikan cara bagaimana kita boleh hilangkan karat dan kerak dengan mudah.


1. Asam limau

Ini selalunya kita gunakan nak hilangkan minyak kan, tapi sebenarnya boleh juga untuk hilangkan karat, atau kerak.

Sediakan air rendaman, yang ada perahan limau, dan buahnya sekali, jangan lupa campurkan dengan sabun pencuci sekali, untuk lebih berkesan.

Lepas tu, rendan seketika periuk belanga yang berkerak tu, kemudian, bolah la perlahan-lahan sental, dengan pencuci dawai halus tu, sentalkan juga dengan limau tadi.


2. Kentang

Ini agak luar biasa sedikit, ingat benda lembut tak boleh buat kerja macam ini.

Apa yang anda boleh buat, potong separuh kentang tersebut, lepas tu, taburkan ‘baking soda’ (kalau tak ada, guna sabun cuci atau pun garam juga boleh).

Sental perlahan-lahan, sampai hilang karat atau kerak tersebut.


3. Cuka

Cara ini mungkin perlukan masa sedikit lama, lebih-lebih lagi jika karat atau kerak yang tebal.

Anda campurkan cuka, jus lemon, dan ‘baking soda’ dalam air, kemudian rendamkan dalam semalaman kuali atau periuk.

Kemudian, boleh mula gosok kawasan yang terkena perlahan-lahan, kerana kesan lekatan kerak dah tidak kuat.


4. Asam keping

Ambil dalam segenggam asam keping tersebut, campurkan air sedikit, dan biar ia mendidih di dalam kuali atau periuk yang ada kesan karat.

Selepas itu, bila sudah sejuk, anda boleh mula menyental menggunakan asam keping tadi.


5. Soda bikarbonat

Cara ini memerlukan anda untuk memanaskan air gunakan kuali atau periuk, kemudian masukkan soda bikarbonat tersebut.

Biarkan seketika untuk menyejuk, selepas itu anda boleh mula mencuci.


6. Aluminium foil

Anda boleh letakkan sedikit sabun pencuci pada bahagian yang terjejas, selepas itu, boleh mula menggosok dengan menggunakan ‘aluminium foil’ tersebut.

Gosok secara kedepan dan kebelakang secara berterusan.


sumber

loading...

No comments