Zac Afron Bakal Lakonkan Watak Pembunuh Bersiri Ted Bundy - Info Viral

Terkini

Zac Afron Bakal Lakonkan Watak Pembunuh Bersiri Ted Bundy

zac efron berlakon jadi jahat

Pelakon Hollywood Zac Afron yang dikenali dengan wajah "cute" nya, akan menggalas cabaran besar melakonkan watak salah seorang pembunuh bersiri paling terkenal di dunia,Ted Bundy menerusi filemnya akan datang.

Zac yang juga merupakan bekas bintang saluran Disney itu dikatakan akan membawakan watak paling gelap pernah disandangnya.

Berdasarkan laporan, filem yang berjudul Extremely Wicked, Shockingly Evil and Vile itu akan memulakan pengambaran tidak lama lagi dan akan ditayangkan pada tahun 2018 nanti.

Filem yang bakal diarahkan oleh Joe Berlinger itu mengisahkan tentang kehidupan Ted Bundy, seorang lelaki yang menggunakan rupa kacaknya bagi memperdayakan mangsaa dan membunuh hampir 30 orang wanita dari tahun 1961 hinggalah 1978.

Ted Bundy dikenakan hukuman renjatan elektrik sampai mati pada tahun 1989.

loading...

No comments