Risiko Buta Akibat Melihat Telefon Pintar Sebelum Tidur - Info Viral

Terkini

Risiko Buta Akibat Melihat Telefon Pintar Sebelum Tidur

Risiko Buta Akibat Melihat Telefon Pintar Sebelum Tidur

Menurut kajian daripada The New England Journal of Medicine, cahaya terang daripada telefon boleh mensabotaj penglihatan mata kita. Terdapat kes di mana dua orang wanita yang telah kehilangan penglihatan sementara akibat terlalu kerap melihat telefon pintar sebelum tidur.

Wanita yang berusia 22 dan 40 tahun itu mengadu mereka kehilangan penglihatan selama 15 minit pada setiap kali bangun tidur pada waktu pagi. Doktor telah memeriksa dan tidak mempunyai sebarang jawapan daripada hasil pemeriksaan tersebut.

Akhirnya, setelah bertanya apakah yang mereka lakukan sehingga terjadinya perkara ini, mereka menerangkan bahawa gemar melakukan tabiat melihat telefon pintar sebelum tidur pada malam hari.
Risiko Buta Akibat Melihat Telefon Pintar Sebelum Tidur

Daripada kes ini, para penyelidik telah membuat kajian dan punca kedua-dua pesakit adalah akibat tabiat yang dilakukan oleh mereka, melihat telefon pintar sambil berbaring sebelum tidur.  Hal ini membuatkan mereka cenderung melihat dengan menggunakan satu mata, sementara sebelah mata pula tertutup dengan bantal.

Jangan pandang remeh akan hal ini kerana ia boleh menyebabkan penglihatan kamu terganggu. Selepas ini, kurang-kurangkanlah melihat telefon pintar tu sebelum tidur ya. Jaga kesihatan mata anda.


sumber


loading...

No comments