Kereta Pertama Dalam Sejarah Yang Disaman Kerana Memandu Laju - Info Viral

Terkini

Kereta Pertama Dalam Sejarah Yang Disaman Kerana Memandu Laju

walter arnold di saman

Tahukah anda, Inilah kereta pertama dalam sejarah disaman kerana memandu laju.

Kereta Arnold Benz ini disaman oleh seorang anggota polis yang menunggang basikal selepas ia dipandu selaju 13 kilometer sejam di sekitar pinggir kota Kent, England pada 28 Januari 1986.

Ketika itu, had kelajuan ialah tiga kilometer sejam.

Menurut rekod, pemandunya, Walter Arnold ditahan oleh anggota polis terbabit yang mengejarnya dengan basikal.

Arnold didenda beberapa sen dan ia dipercayai kesalahan pertama di dunia kerana memandu laju.

Kereta ini akan dipamerkan di satu pertunjukan kereta, The Concours of Elegance di Hampton Court Palance, London, September ini.

Selain Arnold Benz, beberapa kereta lama dan kereta baru akan turut serta dalam pameran itu.


sumber harian metro & wikipedia (refer link merah di atas & bahagian-notable persons)


loading...

No comments