Gelanggang Futsal Yang Penuh Kehijaun Di Sabah - Info Viral

Terkini

Gelanggang Futsal Yang Penuh Kehijaun Di Sabah

padang bola hijau sabah

Imej pemandangan menakjubkan sebuah gelanggang futsal di kawasan pendalam Sabah, yang dirakam menggunakan "drone",menjadi viral selepas dipaparkan di halaman facebook HarimauMalaya.

Padang futsal tersebut dikelilingi warna kehijauan, sekaligus menjadikan pemandangan disekitar kawasan itu menjadi begitu unik dan seolah-olah berada di alam fantasi.

Imej tersebut dilaporkan dihantar oleh seorang guru dari SK Logongon Nabawan, Sabah. Menurut guru terbabit, padang futsal itu sengaja dibiarkan dikelilingi daun-daun hijau namun dalam masa sama kebersihan kawasan itu sentiasa dijaga.

Menurut guru tersebut,dari Keningau, dia perlu melalui jalan balak selama 2 jam menggunakan kenderaan 4x4 dan perlu mengharungi sungai selama 1 jam untuk ke gelanggang futsal ini.

Manakala murid-murid dari sekolah SK Logongon pula, perlu menyusuri jalan berbukit dan mengambil masa perjalanan sejauh 15 minit sebelum boleh sampai ke gelanggang futsal yang kelihatan seperti sebuah tasik di "lautan hijau". Nabawan terletak kira-kira 70km dari Keningau.


P/s: woahh.baru sedap mata memandang, alam semulajadi pon terjaga


loading...

No comments