7 Manusia yang mempunyai kebolehan luarbiasa - Info Viral

Terkini

7 Manusia yang mempunyai kebolehan luarbiasa


Dean Karnazes

dean karnazes marathon

Dean Karnazes mempunyai kebolehan bermarathon berhari-hari tanpa perlu tidur.

Pada 2005, Dean berlari sejauh 560 KM dalam masa 80 jam dan 44 minit tanpa tidur. Dia juga boleh bermarathon untuk 50 hari berturut-turut. Dean mempunyai kebolehan ini kerana ototnya tidak letih sebagaimana otot manusia normal.


Velu Rathakrishnan

velu train

Velu mempunyai kebolehan menarik berat beratus-ratus tan dengan menggunakan giginya dan memegang rekod dunia tren terberat yang p

Rekod luar biasa ini dipegang oleh Velu Rathakrishnan yang menggunakan giginya untuk menarik dua gerabak kereta api komuter KTM dengan berat keseluruhan 260.8 tan. Velu berjaya menarik gerabak itu sejauh 4.2 meter di landasan Stesen Kereta Api Kuala Lumpur pada 18 Oktober 2003


Wim Hof

wim hof

Wim Hof pula mempunyai keistimewaan dari segi pengeluaran haba oleh badannya. Pernah muncul dalam episode Ripley's Belive It or Not, Wim Hof yang digelar sebagai "Iceman" boleh mengawal sistem badannya untuk tahan ketika suhu sejuk melampau.

Hof pernah memanjat Gunung Kilimajaro denga hanya memakai seluar pendek, menghabiskan marathon dalam suhu -20 darjah celcius dan boleh bertahan di dalam ais selama 1 jam 13 minit.


Veronica Seider

7 Manusia yang mempunyai kebolehan luarbiasa

Veronica Seider memegang rekod dunia apabila boleh mengenalpasti objek kecil tanpa sebarang bantuan dari teknologi.

Pada 1972, Universiti of Stuttgart melaporkan salah seorang dari pelajarnya, Veronica Seider, mempunyai penglihatan yang 20 kali lebih baik dari orang normal. Contohnya, dia boleh mengenal pasti wajah seseorang dari jarak lebih 1.6 KM.


Isao Machii

isao machii

Isao mempunyai daya refleks yang luar biasa sehinggakan dia mampu membelah peluru di udara menggunakan pedang.

Isao, seorang guru dalam seni mempertahankan diri Jepun, Iaido, memegang rekod dunia untuk kebolehannya itu.


Al Herpin

al herpin never sleep

Al Herpin (1862 – 1947) adalah seorang rakyat Amerika yang diberi jolokan lelaki yang tidak pernah tidur. Al Herpin mendakwa dia diserang kes insomnia yang jarang berlaku, menyebabkan dia tidak boleh tidur.

Pakar medikal yang ingin mengetahui kesahihan tentang dakwaan Al Herpin terkejut apabila mendapati rumahnya tidak mempunyai katil perabot untuk tidur melainkan sebuah kerusi malas. Al Herpin berkata dia hanya menggunakan kerusi malas itu untuk berehat selepas pulang kerja, kemudian membaca di atas kerusi malas itu sehingga subuh sebelum pergi kerja semula.


Liew Thow Lin

liew thow lin malaysia

Nama Liew Thow Lin banyak menggegarkan Malaysia sebelum ini. Lelaki yang dikenali sebagai manusia magnet ini mempunyai keupayaan unik melekatkan objek besi di badannya.

Apa yang memeranjatkan, Liew boleh melekatkan besi seberat 36KG di badannya. Laporan menyatakan, setelah kajian dilakukan oleh pakar, didapati badannya tidak mempunyai sebarang unsur magnetik. Namun kulit Liew dikatakan mempunyai daya geseran yang tinggi sehingga menyebabkan 'suction effect'.


P/s: ramai lagi manusia yang mempunyai kebolehan luar biasa, tapi ini antara yang aku dapat senaraikan.


loading...

No comments