6 Gadis Lari Rumah Gara-gara Mahu Berjumpa Dengan Shah Rukh Khan - Info Viral

Terkini

6 Gadis Lari Rumah Gara-gara Mahu Berjumpa Dengan Shah Rukh Khan

shah rukh khan meet fan

Enam gadis bersepupu sanggup melarikan diri dari rumah semata-mata mahu menyaksikan artis pujaan mereka, Raja Bollywood, Shah Rukh Khan (SRK),dengan mata sendiri.

Memetik laporan Hindustan Times, enam gadis ini dilaporkan hilang selepas ibu bapa mereka membuat laporan polis ekoran cemas anak mereka tiada di rumah pada Selasa lalu.

Bagaimanapun, teka-teki kehilangan enam gadis yang berusia dari 12 hingga 15 tahun dari Nashik, yang terletak kira-kira 165 kilometer dari Mumbai terjawab selepas pihak polis berjaya menemui mereka di hadapan rumah SRK.

Ketika ditemui pihak polis, mereka enam sepupu dikatakan berada di luar pagar banglo SRK dengan harapan mahu melihat raja Bollywood itu.

Polis kemudian membawa mereka ke Nashik dan sebelum ditemukan dengan ibu bapa mereka.
loading...

No comments