(Pelik) Minyak Wangi Dari Pizza Hut - Info Viral

Terkini

(Pelik) Minyak Wangi Dari Pizza Hut

Minyak Wangi Dari Pizza Hut


New York - Dengan usaha luar biasa yang bermula daripada rangkaian sosial, pihak Pizza Hut Inc. yang berpusat di Kanada dan merupakan satu unit daripada Yum Brands, akan melancarkan minyak wangi buatan sendiri yang mempunyai bau aroma "doh segar disaluti rempah", menurut laporan.

Minyak wangi tersebut akan dikeluarkan dan akan diberikan kepada 100 orang Kanada yang bertuah sebagai ganjaran kepada peminat makanan itu. Jejak bau baru ini telah bermula sejak bulan Ogos, apabila agensi jenama Yum Brands di Kanada iaitu Grip Limited telah mengeluarkan cadangan dan pandangan mengenai idea tersebut di Facebook.

Hampir 2,000 orang telah menekan butang "like". Seorang eksekutif Yum Brands memberitahu Globe and Mail yang mereka telah menghubungi pembuat minyak wangi dan telah mencuba kesemua sampel bau, namun sampel bau keju paling tidak berkesan. "Anda rasa bau keju itu menarik? Tidak langsung" kata eksekutif itu.


Minyak Wangi Dari Pizza Hut

Minyak Wangi Dari Pizza Hut

Minyak Wangi Dari Pizza Hut


P/s : pakai perfume bau peperoni.konfom lapar manjang.haha



loading...

No comments