(Kejam) Ikan Hidup Dijadikan Key Chain - Info Viral

Terkini

(Kejam) Ikan Hidup Dijadikan Key Chain

keychain haiwan


Para peniaga di China telah menggunakan ikan dan haiwan hidup lain yang telah diletakkan di dalam bekas plastik kedap udara untuk dijual sebagai key chain.

Diisi dengan air yang berwarna, key chain yang berukuran 7 cm panjang itu yang diletak bersama dengan haiwan seperti seekor penyu Brazil dan dua ekor ikan Kingfish bersaiz kecil itu juga diisi dengan air yang kaya dengan nutrien bagi membolehkan haiwan yang berada di dalam nya hidup beberapa bulan lamanya.

Selepas tempohnya tamat, anda akan mempunyai key chain yang berisi bangkai haiwan tersebut.

Hadiah comel ini yang biasanya dilihat dijual di stesen-stesen kereta api bawah tanah dilindungi oleh undang-undang kerana pihak berkuasa tidak menganggap perkara tersebut sebagai penderaan haiwan.

Menurut Mary Peng, pengasas bersama International Center for Veterinary Services, berkata bahawa haiwan tersebut akan kehabisan oksigen dan ia mungkin mati sebelum nutrien yang kononnya terdapat di dalam air terbabit habis digunakan.

Kumpulan perlindungan haiwan menyokong pengharaman penjualan key chain itu serta merta dan menggelarnya sebagai "penyalahgunaan haiwan tulen."

keychain eksotik

Ikan Hidup Dijadikan Key Chain

Ikan Hidup Dijadikan Key Chain

Ikan Hidup Dijadikan Key Chain

Video :




loading...

No comments