Jangan Makan Halia Jika Ada 4 Masalah Kesihatan Ini Termasuk Wanita Hamil - Info Viral

Terkini

Jangan Makan Halia Jika Ada 4 Masalah Kesihatan Ini Termasuk Wanita Hamil

Jangan Makan Halia Jika Ada 4 Masalah Kesihatan Ini Termasuk Wanita Hamil


Halia, sebagai yang diketahui umum, adalah herba yang sangat versatil. Ia boleh digunakan untuk tujuan memasak seperti ayam masak halia, dan juga untuk diminum yang dimasukkan ke dalam teh. Rasanya yang tersendiri sememangnya menambahkan rasa yang unik. Halia juga digunakan secara meluas dalam perubatan cina yang banyak menggunakan halia untuk membantu mengurangkan banyak masalah kesihatan.


Selain itu, ia juga digunakan sudah berabad lamanya dalam sektor kesihatan, terutama dalam perubatan cina. Halia terbukti dapat membantu meredakan tanda-tanda yang disebabkan oleh pelbagai masalah kesihatan, termasuklah mabuk, masalah penghadaman dan juga radang sendi. Ciri-ciri anti-keradangan semula jadi dan anti-oksida yang ada pada halia membuatkannya menjadi salah satu penyembuh semulajadi.

Walaupun halia mempunyai banyak kesan yang baik kepada kesihatan, namun ia boleh memberikan kesan negatif kepada seseorang yang mempunyai beberapa jenis masalah kesihatan tertentu ini. Oleh itu, jika anda mempunyai masalah kesihatan ini, anda tidak digalakkan memakan atau meminum apa-apa sumber yang mempunyai sumber halia.

1. Wanita hamil

Halia mengandungi banyak perangsang yang menyokong kesihatan otot dan membantu penghadaman. Jika anda mengandung, perangsangan ini mungkin akan menyebabkan kontraksi pramatang dan kelahiran pramatang. Penggunaannya tidak digalakkan lebih-lebih lagi di hujung-hujung kehamilan. Jumlah halia yang sedikit boleh membantu mengurangkan loya pada waktu pagi di awal kehamilan, tetapi anda perlu berjumpa dengan pakar terlebih dahulu untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini.


2. Masalah pada darah

Halia merangsang peredarah untuk meningkatkan pengaliran darah. Bagi mereka yang mempunyai masalah obesiti atau diabetis, halia sangat membantu memberi kesan positif. Namun, bagi mereka yang menghidap penyakit hemofilia, ia boleh memberikan kesan negatif. Hemofilia adalah masalah genetik yang disebabkan oleh kehilangan atau kerosakan faktor VIII iaitu pembekuan protin.

Tanpa protin ini, darah tidak dapat membeku dengan berkesan. Kecederaan kecil boleh mengakibatkan pendarahan yang teruk dan juga berkemungkinan menghadapi risiko kematian. Kebolehan halia untuk merangsang peredaran darah boleh meneutralkan kesan ubat, yang akan menyebabkan pendarahan yang teruk.

3. Mengambil ubatan tertentu

Jika anda sedang dalam pengambilan ubat-ubatan untuk penyakit tekanan darah tinggi atau diabetis, halia boleh memberikan kesan tidak baik kepada kondisi anda. Halia merangsang penipisan darah dan mengurangkan tekanan darah, yang mana bagus untuk badan, tetapi tidak bagi mereka yang mengambil ubat-ubatan ini.

Apabila halia bergabung dengan anticoagulants, beta-blockers atau ubat insulin, ia akan memberikan kesan buruk pada badan dengan mengurangkan kesan ubat-ubatan ini pada badan.

4. Masalah kurang berat badan

Jika anda mengalami masalah untuk menambahkan berat badan, elakkan untuk mengambil halia atau makanan tambahan yang mengandungi halia. Halia mempunyai serat yang tinggi, dan ia meningkatkan tahap pH pada perut dan merangsang enzim-enzim penghadaman. Ia boleh membantu pembakaran lemak dan juga mengurangkan keinginan untuk makan. Pengambilan teh halia atau makanan tambahan mengandungi halia akan membuatkan pengurangan berat badan, rambut gugur, ketidakstabilan kitaran haid dan juga jisim otot yang kurang kepada mereka yang sudah sememangnya kurang berat badan.

Alternatif bagi halia

Jika anda mengalami salah satu daripada masalah-masalah ini tetapi mahu menambahkan rasa pedas dan garing pada makanan anda, terdapat beberapa pengganti halia yang anda boleh gunakan. Cuba guna lada benggala, lada merah, atau paprika untuk menambahkan rasa ekstra pada makanan anda. Selamat mencuba!



sumber



loading...

No comments