Pelanggan kena kira sendiri harga makanan guna formula matematik - Info Viral

Terkini

Pelanggan kena kira sendiri harga makanan guna formula matematik

Pelanggan kena kira sendiri harga makanan guna formula matematik
MENU yang mempamerkan soalan matematik rumit.


Beijing: Menu sebuah restoran di China menguji kepintaran pengunjungnya apabila memaksa mereka membuat kiraan sendiri kos hidangan diingini menggunakan formula matematik.

Restoran kecil di Beijing itu melaksanakan sistem harga yang memerlukan pelanggan menyelesaikan soalan matematik rumit - kebanyakannya membabitkan trigonometri untuk menghitung harga setiap hidangan ditawarkan.

Seorang pengunjung berkongsi gambar menu berkenaan di media sosial China, Sina Weibo yang kemudian menjadi viral.

Orang ramai yang berkongsi dan mengulas gambar itu berkata, sistem harga pelik itu membawa mereka kembali ke zaman persekolahan, malah ada yang mendakwa mengalami sakit kepala serta mimpi buruk selepas melihatnya.


sumber


loading...

No comments