Kreatif: Dakwat Buku Yang Akan Hilang Jika Tidak Dibaca - Info Viral

Terkini

Kreatif: Dakwat Buku Yang Akan Hilang Jika Tidak Dibaca

Dakwat Buku Yang Akan Hilang Jika Tidak Dibaca


Ia nya merupakan satu realiti dimana bila kita membeli buku, jarang kita membacanya dan akhirnya ia akan diliputi dengan habuk. Bagi mengatasi masalah ini, sebuah syarikat penerbit buku dari Argentina, Eterna Cadencia telah bekerjasama dengan sebuah agensi iklan yang dinamakan DRAFTFCB Buenos Aires untuk merangka satu cara bagi menggalakkan pembaca membaca buku.

Dengan ini, timbul idea untuk menggunakan dakwat khas yang boleh hilang selepas 2 bulan. Kehadiran cahaya dan udara dikatakan menjadi faktor untuk dakwat ini hilang. Dalam tempoh masa 2 bulan, keseluruhan dakwat akan hilang dan buku akan menjadi umpama kertas kosong. Apa yang menghairankan, idea yang dikemukakan ini mendapat reaksi positif daripada orang ramai dan mula memberi kesan kepada pembaca untuk mula membaca buku pada saat ia dibeli.

Dakwat Buku Yang Akan Hilang Jika Tidak Dibaca

Video:





loading...

No comments