Lelaki rompak bank guna sekeping kertas di Singapura - Info Viral

Terkini

Lelaki rompak bank guna sekeping kertas di Singapura

Lelaki rompak bank guna sekeping kertas di Singapura


Singapura: Polis Singapura memburu seorang lelaki yang merompak sebuah bank dan melarikan wang tunai berjumlah S$30,000 (RM89,571) dengan menggunakan sekeping kertas.

Lelaki Kaukasia itu dilaporkan masuk ke sebuah bank Standard Chartered pada waktu tengah hari kelmarin dan menyerahkan sekeping nota tuntutan kepada seorang petugas.

Satu sumber berkata, beberapa minit kemudian, lelaki itu keluar dengan membawa wang tunai berjumlah S$30,000.


Jurucakap polis semalam mengesahkan rompakan berkenaan dan memberitahu tiada senjata digunakan dalam kejadian itu.

Bagaimanapun, dia enggan mendedahkan isi kandungan nota yang diserahkan suspek kepada petugas bank.

Akhbar Straits Times melaporkan, pihak berkuasa memburu suspek yang dipercayai seorang lelaki warga Australia.

Rompakan bank sangat jarang berlaku di Singapura yang mempunyai undang-undang ketat dan larangan keras terhadap pemilikan senjata api menjadikan bandar itu antara paling selamat di Asia.

Rompakan terakhir berlaku pada November 2008, apabila seorang lelaki yang menyamar sebagai wanita mengancam juruwang dengan mendakwa membawa beg kertas mengandungi bom.

Namun, juruwang berkenaan tidak mempercayai dakwaan lelaki itu yang kemudian ditangkap petugas bank terbabit. - AFP


sumber


loading...

No comments