Sungai Golok Kini Bertukar Menjadi Pasar Ria - Info Viral

Terkini

Sungai Golok Kini Bertukar Menjadi Pasar Ria

Sungai Golok Kini Bertukar Menjadi Pasar Ria


Sungai Golok adalah antara sungai yang menjadi tanda sempadan Malaysia dan Thailand. Cuaca panas melampau yang melanda negara menyebabkan beberapa sungai dan tasik semakin mengering.

Kejadian yang sama turut berlaku di Rantau Panjang, Kelantan apabila paras air Sungai Golok didapati semakin mengering di beberapa kawasan.

Kebiasaannya penduduk menggunakan bot tambang menyeberangi sungai itu untuk membeli barang di seberang. Kini, penduduk sekitar kawasan itu lebih mudah kerana Sungai Golok sudah pun bertukar wajah menjadi sebuah pasar ria.

Sungai Golok Kini Bertukar Menjadi Pasar Ria


Menurut beberapa orang penduduk, ini adalah kejadian pertama kali dalam sejarah kerana sebelum ini Sungai Golok pernah kering namun tidaklah seteruk ini.

Bayangkan sebuah pasar di dalam sungai yang hampir kering? Pastinya satu pengalaman yang baru buat pengunjung. Jom membeli belah di Sungai Golok!

sumber


loading...

No comments