RM13,250 Harga Sewa Tapak Bazar Ramadan Di Kubang Pasu !! - Info Viral

Terkini

RM13,250 Harga Sewa Tapak Bazar Ramadan Di Kubang Pasu !!

RM13,250 Harga Sewa Tapak Bazar Ramadan Di Kubang Pasu


Musim untuk golongan peniaga kecil di Kubang Pasu, Kedah menambah pendapatan sempena bulan Ramadan tahun ini mungkin hanya tinggal mimpi.

Hal ini kerana Majlis Daerah Kubang Pasu telah melaksanakan sistem tender terbuka bagi agihan gerai seperti didedahkan pengguna Facebook, Nasoruddin Shah Mat.

Beliau berpendapat kaedah menindas itu hanya memberi peluang kepada golongan kaya sekaligus menafikan hak peniaga kecil ekoran modal yang terhad.

“Biar orang yang beringgit sahaja yang berniaga. Bila kita komplen, mereka akan jawab, kita harus telus dan memberi peluang sama banyak, yakni sesiapa yang betul-betul nak berniaga akan berani lawan harga.

“Walhal sebenarnya mereka menutup peluang peniaga kecil sebaliknya hanya peniaga-peniaga bergelar jutawan senyap sahaja yang boleh dan berani lawan harga sebegitu tinggi,” ujarnya.

Dalam catatannya itu, beliau juga memuat naik gambar berupa slip yang memaparkan slip pembida yang berjaya dengan kadar RM13,250 sepanjang bulan Ramadan.

RM13,250 Harga Sewa Tapak Bazar Ramadan Di Kubang Pasu
KLIK PADA GAMBAR UNTUK PAPARAN YANG LEBIH JELAS


Selain itu, turut dikongsi di laman sosial itu senarai caj bidaan tapak 20’ x 20’ di hadapan Pasaraya Yawata dengan bayaran tapak paling minimum adalah RM4,240 manakala maksimum pada harga RM18,020 dengan kesemua tangga harga itu termasuk kadar enam peratus cukai GST.

Mengulas lanjut Nasoruddin berkata, kebanyakan orang politik terlibat dengan kontrak terutamanya Umno yang hanya bergantung kepada taraf Bumiputera dengan dilindungi peraturan tertentu seperti kontraktor besar tidak boleh mengambil kontrak yang kecil demi menjaga kepentingan golongan kontraktor kecil Bumiputera.

“Tapi bila mai tang peniaga kecil haram satu taraf pun hangpa tak bagi melainkan kena sewa yang tinggi atau halau kami. Kerajaan memang berkelakuan celaka kepada peniaga kecil,” tegasnya lagi.


P/s : harga cmni punya gile..mencekik nak mampuih



loading...

No comments