Harumanis lebih mahal daripada Musang King - Info Viral

Terkini

Harumanis lebih mahal daripada Musang King

Harumanis lebih mahal daripada Musang King


SHAH ALAM - Harga pasaran bagi mangga harumanis pada tahun ini nampaknya lebih mahal daripada durian jenis Musang King.

Mana tidaknya dek kerana kekurangan hasil pengeluaran mangga harumanis ini, telah menyebabkan harga pasaran bagi buah berkenaan naik mendadak sehingga mencecah sekilogram RM50 sementara durian jenis Musang King baru berharga RM35 sekilogram.

Memetik laporan Sinar Harian hari ini,menyatakan bahawa harga mangga harumanis pada tahun ini paling tinggi pernah dijual berbanding musim sebelumnya.

Menurut seorang penjual harumanis, Halijah Bi Ibramsa, 58, berkata, kenaikan harga itu disebabkan hasil pengeluaran buah yang turun dua kali ganda.

"Saya tak ada ladang, semua buah yang saya jual saya ambil dari ladang orang dan harga yang saya tetapkan memang agak mahal tapi ia bergantung pada kos pembelian saya dari ladang dan juga jenis harumanis,” katanya yang  sudah 20 tahun menceburi dunia perniagaan harumanis ketika ditemui Sinar Harian di gerai jualannya di Kuala Perlis.

Tambah Halijah Bi, dia menjual harumanis gred premium A dengan harga RM50 sekilo pada kali ini berbanding pada musim lalu hanya RM30 sekilo bagi jenis yang sama.

“Saya pun bukan sengaja nak letak mahal, ini pun saya ambil untung RM5 saja sebab saya ambil dari ladang sekilo RM45,” ujarnya.

Sementara itu, memetik laporan China Press menyatakan harga durian Musang King jatuh kepada RM35 kerana penawaran lebih banyak daripada permintaan.

"Minggu lalu Musang King sekilo RM60 minggu ini ia turun menjadi RM35, buah banyak menjadi antara punca harga turun," jelas seorang peniaga durian Musang King yang menjalankan perniagaan menjual durian tersebut di Betong, Pahang.

Musang King mengeluarkan hasil dua kali setahun.




loading...

No comments