Skuad Khas oleh polis jepun bagi menangkap dron - Info Viral

Terkini

Skuad Khas oleh polis jepun bagi menangkap dron

Skuad Khas oleh polis jepun bagi menangkap dron
Demonstrasi tangkapan dron oleh Polis Metropolitan Jepun (MPD)

TOKYO - JEPUN. Polis Metropolitan Jepun (MPD) kini mempunyai skuad khas untuk menangkap dron yang digunakan untuk tujuan jahat.

Menurut Dailymail, penubuhan skuad tersebut buat selepas sebuah dron menceroboh pejabat perdana menteri, April lepas.

MPD dilaporkan akan menerima satu angkatan dron yang setiap satunya dilengkapi dengan jaring.

"Kemungkinan pengganas menyerang menggunakan dron itu tetap ada," kata seorang pegawai kanan MPD di laman web Asahi Shimbun.

Angkatan dron MPD dikatakan akan meronda bangunan-bangunan milik kerajaan untuk mengesan sebarang aktiviti luar biasa.

Dalam kejadian April lalu, sebuah dron yang membawa bahan radioaktif dan mendarat di bumbung pejabat perdana menteri dipercayai dikendalikan oleh aktivis yang menentang rancangan kerajaan Jepun untuk terus menggunakan tenaga nuklear.


P/s : ohh patut la sampai ada skuad khas.pasal ada kes dron landing bawak bahan radioaktif atas pejabat pm dia..tapi nampak cam best job ni.ronda2 bangunan milik kerajaan pkai dron je.huhu


loading...

No comments