Paha Cedera Gara-gara iPhone 6 Meletup Dalam Poket Seluar - Info Viral

Terkini

Paha Cedera Gara-gara iPhone 6 Meletup Dalam Poket Seluar

Paha Cedera Gara-gara iPhone 6 Meletup Dalam Poket Seluar


Seorang lelaki mengalami sedikit kecederaan dibahgain pahanya selepas iPhone 6 miliknya meletup secara tiba-tiba di dalam poket seluarnya.

Menurut Muhammad Asyraf Daud, kejadian berlaku ketika beliau sedang berjalan di sekitar Jonker Walk, Melaka kira-kira jam 11 malam di mana iPhone itu meletup.

"Selepas terdengar bunyi letupan yang agak kuat, saya terasa paha saya panas seperti emelcur dan cepat-cepat ambil telefon berkenaan dan buang ke atas jalan."

"Keadaan telefon tersebut ketika terbakar seperti asap vape dalam kereta yang tidak dibuka tingkap atau dalam kata lain berkepul-kepul keluar," katanya ketika dihubungi.

Menurut Asyraf lagi, keesokan harinya dia telah pergi ke Mac City di Dataran Pahlawan untuk merujuk hal itu.

"Pihak Mac City bagitahu saya mereka akan cuba menyiasat kejadian ini kerana jika tiada kesan yang meragukan mereka akan ganti baru."

"Saya sedikit tidak berpuas hati kerana kata mereka saya mungkin mengubah suai telefon yang saya beli awal Februari lalu menyebabkan kejadian tersebut berlaku sedangkan saya tidak pernah buka atau 'baraikan' telefon tersebut,'' katanya.

Paha Cedera Gara-gara iPhone 6 Meletup Dalam Poket Seluar

Paha Cedera Gara-gara iPhone 6 Meletup Dalam Poket Seluar

Paha Cedera Gara-gara iPhone 6 Meletup Dalam Poket Seluar

Paha Cedera Gara-gara iPhone 6 Meletup Dalam Poket Seluar


sumber


loading...

No comments