Telur Goreng Keluar Darah Apabila Diperdengarkan Ayat RUQYAH - Info Viral

Terkini

Telur Goreng Keluar Darah Apabila Diperdengarkan Ayat RUQYAH

Telur Goreng Keluar Darah Apabila Diperdengarkan Ayat RUQYAH


Laman sosial digemparkan dengan penyebaran dua keping gambar yang dikatakan ‘berdarah’ sementelah dibacakan ayat suci Al-Quran.

Seorang pengguna Facebook, Rizu Nads, memuat naik gambar-gambar makanan tersebut yang dibelinya dari sebuah kedai.

Menurut beliau makanan tersebut dibeli bungkus dan di bawa pulang ke tempat kerja kerana ingin makan setibanya di tempat kerja.

Setibanya di tempat kerja beliau memasang Ayat-Ayat Al-Ruqyah menggunakan komputer di tempat kerja beliau dan apabila hendak menikmati makanan yang dibungkus, telur goreng berubah menjadi tompok-tompok merah seakan-akan darah. Beliau turut bersyukur kepada ALLAH kerana dihindar daripada pelaris yang kotor memasuki tubuh badan beliau



MasyaAllah... Waktu beli makanan tadi dah tgk telur goreng atas bawah semua ok. Then sampai office makan depan PC buka...
Posted by Rizu Nads on Sunday, 10 May 2015



"Masyaallah. Waktu beli makanan tadi dah tengok telur goreng atas bawah semua ok. Then sampai office makan depan pc buka bacaan rukyah, telur berubah bertompok-tompok merah seperti darah. Kuasa Allah memelihara dari pelaris yang kotor dari memasuki badanku. Subhanallah. Maha suci allah," ujarnya.

Difahamkan, peniaga makanan terbabit dipercayai menggunakan pelaris bagi menarik pelanggan agar kembali semula membeli makanan di kedai mereka.

Taktik sebegini sering dikaitkan dengan perbuatan syirik dan haram lantaran sifat tamak mula menguasai para peniaga.

Surah Al-Rukyah merupakan gabungan dari ayat-ayat Al Quran yang boleh digunakan untuk mengesan jin dalam badan atau di rumah.

Maksud ruqyah adalah al-‘udzah (sebuah perlindungan) yang digunakan untuk melindungi orang yang terkena penyakit atau disebabkan sengatan binatang.

Ia merupakan urutan ayat dari surah Al Fatihah, Al Baqarah, Ali Imran, Al Araf, Al Mukminun dan beberapa ayat lagi di dalam Al Quran.

**Dibawah ini merupakan ayat ruqyah yang dapat kita dengari bersama




loading...

No comments