Shah Rukh Khan mampu menghisap 100 batang rokok sehari dan tekad mahu berubah - Info Viral

Terkini

Shah Rukh Khan mampu menghisap 100 batang rokok sehari dan tekad mahu berubah

Shah Rukh Khan mampu menghisap 100 batang rokok sehari dan tekad mahu berubah


Pelakon terkenal Bollywood, Shahrukh Khan mengambil langkah drastik apabila melibatkan diri dalam kempen yang dinamakan 'We Don't Talk To People Who Smoke' bagi membantu menghentikan masalah ketagihan merokok serius yang dialaminya.

Shahrukh yang sebelum ini mendedahkan dirinya mampu menghabiskan 100 batang rokok sehari pernah cuba untuk berhenti namun sentiasa gagal.

Pelakon ini telah memuatnaik sekeping foto di akaun Twitter bagi menunjukkan kepada peminatnya bahawa dia serius menjalankan kempennya itu. Diharapkan dengan menyertai kempen ini, Shahrukh mampu untuk meninggalkan terus tabiat buruk ini.

Difahamkan, selain menghadapi masalah ketagihan rokok, pelakon ini juga dikatakan mengalami masalah pengambilan kafein melampau apabila mampu menghabiskan 30 cawan kopi sehari.

sumber


loading...

No comments