Gigi dijumpai didalam bekas kentang McD - Info Viral

Terkini

Gigi dijumpai didalam bekas kentang McD

Gigi dijumpai didalam bekas kentang McD


JEPUN - Sebuah portal berita melaporkan gigi manusia telah ditemui dalam bekas kentang goreng yang dijual kepada pelanggan restoran makanan segera, McDonalds di Jepun.

Hal ini menjadikan reputasi restoran berkenaan di Jepun semakin buruk.

Gigi tersebut ditemui pelanggan yang membeli makanan dari cawangan restoran di Osaka.

Menurut Timbalan Presiden McDonalds Corp, Hidehito Hishinuma, pihaknya sendiri tidak dapat memastikan bagaimana gigi boleh termasuk dalam makanan tersebut.

Siasatan awal pihak syarikat setakat ini mendapati mereka tidak mempunyai pekerja yang kehilangan gigi di cawangan tersebut.

sumber

P/s: memang dah lama boikot ponn.huhu


loading...

No comments