Remaja 14 Tahun Ini Buktikan Dengan Menukar Font Tulisan, Kerajaan AS Mampu Jimatkan US$400 Juta - Info Viral

Terkini

Remaja 14 Tahun Ini Buktikan Dengan Menukar Font Tulisan, Kerajaan AS Mampu Jimatkan US$400 Juta

Remaja 14 Tahun Ini Buktikan Dengan Menukar Font Tulisan, Kerajaan AS Mampu Jimatkan US$400 Juta


Seorang remaja berusia 14 tahun yang berasal dari Pennsylvania telah berjaya mencari jalan bagi membantu kerajaan untuk menjimatkan hampir US$400 juta setahun, hasil dari projek sains yang dibuatnya.

Pelajar berkenaan, Suvir Mirchandani telah mendapati bahawa berjuta-juta dolar setahun boleh dijimatkan oleh pihak sekolah sekitar daerahnya dan agensi kerajaan dengan menukar kepada font Garamond pada helaian dokumen.

Apabila dia membandingkan harga dakwat, yang lebih mahal dari harga sebotol minyak wangi, dan bilangan dokumen bercetak setiap tahun, remaja ini sedar dia boleh mengurangkan pembaziran dan menjimatkan wang.

Idea untuk projek sains berkaitan jenis-jenis font ini datang apabila beliau sering mendapat sebilangan besar nota di sekolahnya, Dorseyville Middle School.

ikuti perbualan beliau






loading...

No comments