Justin Bieber Bayar RM267,400 Kerana 'Telur' - Info Viral

Terkini

Justin Bieber Bayar RM267,400 Kerana 'Telur'

Justin Bieber Bayar RM267,400 Kerana 'Telur'


Justin Bieber dilapor membayar jirannya AS$80,000 (RM267,400) baru-baru ini kerana insiden baling telur yang dilakukannya Januari lalu.

Penyanyi remaja berkenaan dituduh membaling telur ke arah rumah jirannya sehingga menyebabkan kerosakan teruk.

Menurut majalah hiburan TMZ, Bieber melunaskan bayaran ganti rugi itu dan kini mengikuti kelas menangani kemarahan.

Buat masa ini Bieber diletakan dalam pemerhatian dan nampaknya dia berusaha untuk membetulkan kesilapannya.

Menurut sumber, dia sudah mengikuti enam daripada kelas berkenaan sebelum melakukan kerja kemasyarakatan.

Jika penyanyi berkenaan mematuhi hukuman yang dikenakan, dia dijangka dapat menamatkannya menjelang 10 Februari tahun depan.

Bagaimanapun, menurut sumber, tempoh pengawasannya hanya akan berakhir pada 2016. - Agensi


loading...

No comments