COOL : Zenvo ST1: Kereta Super Sport Pertama Keluaran Denmark - Info Viral

Terkini

COOL : Zenvo ST1: Kereta Super Sport Pertama Keluaran Denmark

Kereta Super Sport Pertama Keluaran Denmark


Orang-orang Denmark kini boleh dilihat sebagai satu masyarakat yang gila kan kereta berkuasa tinggi.

Dengan terciptanya kereta keluaran negara mereka sendiri ini, mereka akan pastikan jentera hebat yang bernilai lebih US$1 juta ini mempunyai kuasa kuda yang lebih tinggi berbanding Bugatti Veyron.

Zenvo ST1 merupakan kereta super pertama keluaran Denmark dan telah dipamerkan buat pertama kalinya di Dubai Motor Show pada lewat 2013.Zenvo merupakan syarikat automotif kereta super yang telah diasaskan pada tahun 2004 dan bertujuan untuk menjadi suatu jenama terkenal dalam industri automotif kereta super pada masa akan datang.

Model pertama mereka, ST1 mempunyai enjin berkuasa 1,104 kuasa kuda dan 1,054 paun per kaki tork, semuanya dari enjin V8 6.8 liter yang mempunyai kedua-dua "supercharged dan turbocharged." Enjin yang berkuasa tinggi ini mampu memecut kereta dari 0-62 mph dalam masa 3 saat serta mempunyai kelajuan tertinggi sebanyak 223 mph.

Kereta super ini akan dilancarkan secara rasminya pada bulan hadapan di Geneva Motor Show dan akan mempunyai tag harga sebanyak US$1 juta.

Kereta Super Sport Pertama Keluaran Denmark

Kereta Super Sport Pertama Keluaran Denmark

Kereta Super Sport Pertama Keluaran Denmark

Kereta Super Sport Pertama Keluaran Denmark

Kereta Super Sport Pertama Keluaran Denmark


sumber


loading...

No comments