Budak 9 tahun bawa Ferrari di India - Info Viral

Terkini

Budak 9 tahun bawa Ferrari di India


Budak 9 tahun bawa Ferrari di India


New Delhi: Polis di Kochi, negeri Kerala, selatan India berkata pihaknya sudah memfailkan dakwaan ke atas seorang bapa kerana membenarkan anak lelakinya berusia sembilan tahun memandu kereta Ferrari milik beliau.

Pegawai kanan polis, Inspektor M V Verghese berkata, bapa kanak-kanak itu, Mohammed Nisham didakwa dengan sengaja membahayakan nyawa kanak-kanak dan membenarkan budak bawah umur memandu kenderaan.

Rai hari jadi 

Kejadian berlaku dua minggu lalu, ketika kanak-kanak itu menyambut hari jadinya yang ke sembilan. Dia memandu kereta terbabit bersama adik lelakinya berusia lima tahun.

Ketika si anak memandu, isteri Nisham, Amal membuat rakaman video sebelum disiarkan laman YouTube dan mencetuskan kemarahan orang ramai di seluruh India
Verghese berkata, Mohmmed Nisham adalah seorang usahawan termbakau dan hartanah yang memiliki 18 buah kereta bernilai kira-kira AS$4 juta (RM12.13 juta).

Beliau berkata besar kemungkinan pihaknya akan menyita kereta Ferrari itu sehingga kes berkenaan selesai.
Nisham membuat permohonan ikat jamin dan dinjangka hadir di balai polis tidak jauh dari rumahnya di Kochi.

Beliau dan isterinya bagaimanapun tidak berasa malu dengan insiden itu.

“Saya bangga dengan anak saya. Dia sudah pandai memandu kereta sejak berusia lima tahun ,” kata Amal.

Malah kata Amal, anak lelakinya pernah memandu kereta Lamborghini, Bentley dan beberapa kereta lain.

“Hari itu adalah hari jadinya dan meminta untuk memandu kereta itu sejak beberapa bulan lalu, kami membenarkannya. Dia sentiasa berwaspada dan yakin. Bukan mudah seorang kanak-kanak mempunyai keyakinan tinggi pada usia itu,” katanya. - AP

loading...

No comments