COOL : Hundred Dragon Elevator,Lif Luaran Tertinggi Di Dunia - Info Viral

Terkini

COOL : Hundred Dragon Elevator,Lif Luaran Tertinggi Di Dunia


Hundred Dragon Elevator

Bailong Elevator atau lebih dikenali sebagai Hundred Dragon Elevator merupakan sebuah lif kaca yang dibina pada bahagian luar sebuah gunung yang penuh dengan beribu-ribu tiang batu pasir yang mempunyai ketinggian sehingga beribu-ribu kaki di kawasan Wulingyuan yang terletak di Wilayah Hunan, China.

COOL : Hundred Dragon Elevator,Lif Luaran Tertinggi Di Dunia

Pada ketinggian 1,070 kaki (330 meter), pembinaan lif telah dimulakan sejak tahun 1999 dan siap pada tahun 2002. Projek ini juga pernah mendapat tentangan sengit daripada kumpulan alam sekitar disebabkan kawasan yang dipilih untuk projek tersebut terletak di Tapak Warisan Dunia. Jumlah pelaburan untuk projek lif berkenaan menelan kos sebanyak 120 juta Yuan (USD$20 juta).

Dengan taburan pelancong yang meningkat sebanyak 5 juta orang pelawat setiap tahun, kawasan pembinaan lif berkenaan sarat dengan perhatian pelancong, namun kerja pembinaan tetap dijalankan seperti biasa.

COOL : Hundred Dragon Elevator,Lif Luaran Tertinggi Di Dunia

COOL : Hundred Dragon Elevator,Lif Luaran Tertinggi Di Dunia

Dengan siapnya projek tersebut, ia telah menerima tiga anugerah daripada Guinness World Record. Anugerah yang pertama adalah untuk lif luaran pertama tertinggi di dunia, yang kedua untuk lif dua dek tertinggi di dunia dan yang ketiga adalah untuk lif penumpang dengan jumlah kapasiti pengguna terbesar dan terpantas di dunia.

Selepas projek berkenaan dibuka pada tahun 2002, ia ditutup buat sementara waktu atas dasar keselamatan awam.

sumber

P/s : Jambatan2 gila dan ekstrem kaw2 kebanyakannya kat china..LOL

loading...

No comments